Monday 17 July 2017

MENGENALI STRUKTUR AYAT YANG KEMAS DAN TERSUSUN
















Struktur ayat merupakan elemen penarik yang utama dalam sistem penulisan. Struktur ayat yang baik akan menentukan kualiti persembahan yang baik kepada para pembaca. Semestinya persembahan yang baik akan menjadi faktor penarik kepada para pembaca untuk terus konsisten membaca sesuatu penulisan. Manakala struktur ayat yang kurang baik dan tidak tersusun akan menyebabkan pembaca cenderung hilang “roh”nya untuk membaca walaupun isi kandungannya menarik.

Struktur ayat yang baik mestilah memenuhi ciri-ciri yang berikut:
1. Mudah difahami
2. Tidak terlalu panjang sehingga mengelirukan maksudnya
3. Tidak terlalu pendek sehingga tergantung maksudnya
4. Konsisten menggunakan perkataan/istilah tertentu
5. Mempunyai kesinambungan ayat daripada perenggan yang sebelumnya
6. Tidak mengulangi perkataan yang sama dalam satu ayat






0 comments:

Post a Comment