Transliterasi merupakan terjemahan
kepada perkataan daripada bahasa tertentu yang tidak dapat dibaca oleh umum,
namun boleh ditulis dan dibaca dengan huruf roman. Contohnya, apa sahaja perkataan
berbahasa Arab boleh dieja dalam huruf roman, supaya mudah dibaca oleh para
pembaca. Berikut adalah senarai simbol transliterasi bagi perkataan berbahasa Arab:
FONT TRANSLITERASI
Terdapat beberapa cara bagi menggunakan huruf transliterasi. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Font Times New Roman Transliterasi
2. Font
Transliterasi
3. Font AHT Times New Roman
4. Symbol
Bagi penggunaan font khas transliterasi iaitu Times New Roman Transliterasi, Transliterasi, AHT Times New Roman, installer boleh didapati daripada beberapa laman web tertentu melalui cara memuat turun dan install.
Manakala bagi perkataan transliterasi yang menggunakan simbol, para penulis tidak perlu memuat turun installer font khas tersebut. Walau bagaimanapun, penulis perlulah lebih teliti menggunakan simbol tersebut, memandangkan terdapat lebih daripada 100 simbol berbeza yang disediakan dalam perisian word tersebut. Rajah di bawah menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila penulis memilih untuk menggunakan simbol bagi transliterasi:
Berikut adalah contoh-contoh perkataan
transliterasi bagi perkataan Berbahasa Arab yang diMelayukan.
KESILAPAN TEKNIKAL DALAM MENULIS SIMBOL TRANSLITERASI
Berikut adalah antara
kesilapan biasa yang dilakukan oleh para penulis dalam menulis perkataan
transliterasi bagi perkataan Berbahasa Arab. Setiap simbol perlu diperhatikan
kerana setiap daripadanya memainkan peranan yang berbeza.
Terima kasih kerana
sudi membaca penjelasan ini.
0 comments:
Post a Comment