Sunday 28 May 2017

CARA MENGGUNAKAN “TRACK CHANGES” PADA MICROSOFT WORD

Apakah kegunaan “track changes” pada dokumen microsoft word? Ia berfungsi untuk mengenalpasti sebarang perubahan perkataan dalam tulisan anda. Biasanya “track changes” digunakan oleh para editor untuk menyemak artikel atau buku yang ditulis oleh penulis.

Anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
1. Pilih "Review"
2. Pilih "Track Changes"
3. Anda boleh taip atau membetulkan apa sahaja kesilapan dalam artikel anda, seterusnya boleh melihat perubahan yang berlaku.
4. Setelah selesai membaiki, maka boleh lah menghantar dokumen itu kepada pemilik asal atau kepada sesiapa sahaja yang ingin membaca komen atau pembetulan tersebut. Sekiranya anda ingin membersihkan tulisan tersebut, anda hanya perlu pilih "Accept" dan pilih "Accept All Changes in Document". Kemudian, artikel anda akan kembali bersih seperti sediakala.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pembetulan tersebut, maka boleh klik “Reject”, dan tesis anda akan kembali seperti asal.



0 comments:

Post a Comment