Sekiranya anda merupakan salah seorang ahli akademik, sama
ada sebagai seorang Pensyarah, Penyelidik, mahu pun pelajar universiti,
semestinya anda tidak lari daripada mendalami ilmu penulisan. Secara umumnya, terdapat dua (2) jenis penulisan yang paling
popular, iaitu penulisan gaya "APA Style" dan penulisan gaya
"Chicago Style". Apakah perbezaan kedua-dua jenis gaya penulisan ini?
Perbezaannya terletak kepada fungsi masing-masing yang berbeza. Penulisan gaya "APA Style" mengutamakan konsep
"Author Date" yang merujuk kepada susunan bahan rujukan ditulis
dengan mendahulukan nama penulis dan tahun bahan
tersebut ditulis.
Contohnya:
Abdul Aziz Bari (2005), Islam dalam Perlembagaan
Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.
Sekiranya pembaca ingin mencari rujukan (di bahagian
belakang) dalam sesuatu artikel, maka susunan abjad nama penulis beserta tahun diterbitkan
itulah yang menjadi keutamaan.
Adapun bagi penulisan gaya "Chicago Style", tahun
buku diterbitkan ditulis pada bahagian akhir rujukan tersebut, bukan selepas
nama penulis sebagaimana APA Style. Pun begitu, pembaca boleh merujuk rujukan
hanya pada nota kaki pada setiap halaman. Tidak perlu
merujuk pada bahagian belakang artikel tersebut.
Contohnya:
Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia (Petaling
Jaya: Intel Multimedia and Publication, 2005).
Secara kesimpulannya, format penulisan ini dibuat adalah
untuk memudahkan sistem penulisan serta memudahkan para pembaca untuk membuat
rujukan yang berterusan. Sistem penulisan yang baik akan memberikan motivasi
kepada para pembaca untuk mengkaji lebih mendalam berkenaan ilmu bidang
tersebut. Pihak kami menyarankan anda untuk membuat rujukan tambahan pada
mana-mana sumber yang lain untuk mengukuhkan bahan ini.
MOHAMED AFIQ AFANDI MOHAMED AZAHARI
Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang
Akademi Pengajian Islam
Universiti
Malaya Kuala Lumpur
Terbaek tq atas perkongsian.
ReplyDeleteTerbaik...terima kasih atas perkongsian.
ReplyDelete