“Section Break”
(SB) bertujuan untuk mengasingkan bab dalam penulisan tesis atau buku. Terutama
dalam menyusun halaman serta nota kaki.
Apabila SB telah
dibuat, maka penulisan bab boleh diasingkan dari sudut halaman dan nota kaki.
Penulis boleh memilih untuk menyusun halaman mengikut keperluan. Berikut adalah
ringkasan kepentingan SB dalam pelbagai jenis penulisan:
1. Mengasingkan Halaman
Dalam penulisan tesis atau buku, semestinya halaman kulit tidak memerlukan
pernomboran halaman. Lazimnya kulit tidak akan ditulis dengan halaman pertama
(1), memandangkan halaman pertama adalah bahagian kandungan tesis/buku
tersebut.
Pada bahagian awal buku pada kebiasaannya digunakan nombor roman (i, ii, iii),
manakala pada bahagian kandungan, nombor biasa (1, 2, 3) akan digunakan.
2. Mengasingkan
Nota Kaki
Selain daripada
itu, SB juga berfungsi untuk mengasingkan susunan nota kaki yang ditulis berasingan
mengikut bab. Contohnya, nota kaki bagi Bab 1 dimulakan dengan nombor satu (1)
dan seterusnya. Manakala nota kaki bagi Bab 2 juga dimulakan dengan nombor satu
(1) juga, bukan sambungan daripada nota kaki pada Bab 1.
3. Menyelaraskan
Pembahagian Bab
Sekiranya penulis
ingin melakukan sebarang pembetulan kepada isi kandungan buku atau tesis, maka
SB berfungsi untuk menyelamatkan susunan pembahagian bab secara konsisten. Hal
ini lazim berlaku jika pembetulan yang dibuat selepas siap buku/tesis sehingga
halaman akhir.
Contohnya, jika
pembetulan (pada bahagian tengah tesis/buku) yang dilakukan menyebabkan berlaku
anjakan halaman, maka penulis tidak perlu risau akan perubahan tersebut. Hal
ini kerana susunan bab yang seterusnya akan tetap berada pada "awal
halaman" yang baru, bukannya berubah kepada "pertengahan
halaman" atau "bawah halaman" yang baru tersebut.
Contoh yang lebih mudah, bagi bahagian
"Bibliografi" semestinya perlu diasingkan daripada kandungan
buku/tesis pada halaman yang baru. Melalui SB, sebarang pembetulan pada isi
kandungan tesis tidak akan menjejaskan halaman "Bibliografi"
tersebut. Penulis hanya perlu mengemaskini halaman pada "Table of
Content" sebagaimana yang telah disiapkan sebelum pembetulan
dilakukan.