Sunday, 28 May 2017

PERBEZAAN FORMAT PENULISAN AKADEMIK "CHICAGO STYLE" DAN "APA STYLE"

Sekiranya anda merupakan salah seorang ahli akademik, sama ada sebagai seorang Pensyarah, Penyelidik, mahu pun pelajar universiti, semestinya anda tidak lari daripada mendalami ilmu penulisan. Secara umumnya, terdapat dua (2) jenis penulisan yang paling popular, iaitu penulisan gaya "APA Style" dan penulisan gaya "Chicago Style". Apakah perbezaan kedua-dua jenis gaya penulisan ini? Perbezaannya terletak kepada fungsi masing-masing yang berbeza. Penulisan gaya "APA Style" mengutamakan konsep "Author Date" yang merujuk kepada susunan bahan rujukan ditulis dengan mendahulukan nama penulis dan tahun bahan tersebut ditulis.

Contohnya:
Abdul Aziz Bari (2005), Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.

Sekiranya pembaca ingin mencari rujukan (di bahagian belakang) dalam sesuatu artikel, maka susunan abjad nama penulis beserta tahun diterbitkan itulah yang menjadi keutamaan.
Adapun bagi penulisan gaya "Chicago Style", tahun buku diterbitkan ditulis pada bahagian akhir rujukan tersebut, bukan selepas nama penulis sebagaimana APA Style. Pun begitu, pembaca boleh merujuk rujukan hanya pada nota kaki pada setiap halaman. Tidak perlu merujuk pada bahagian belakang artikel tersebut.

Contohnya:
Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia (Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication, 2005).

Untuk contoh-contoh yang lebih jelas, anda boleh merujuk beberapa bahan berikut:

Secara kesimpulannya, format penulisan ini dibuat adalah untuk memudahkan sistem penulisan serta memudahkan para pembaca untuk membuat rujukan yang berterusan. Sistem penulisan yang baik akan memberikan motivasi kepada para pembaca untuk mengkaji lebih mendalam berkenaan ilmu bidang tersebut. Pihak kami menyarankan anda untuk membuat rujukan tambahan pada mana-mana sumber yang lain untuk mengukuhkan bahan ini.

MOHAMED AFIQ AFANDI MOHAMED AZAHARI
Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya Kuala Lumpur

2 comments: